UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING SMK JENJAROM
this site the web

MAKLUMAT TERKINI

PIAGAM PELANGGAN SMK JENJAROM

PIAGAM PELANGGAN SMK JENJAROM


Kami staf sekolah ini berikrar untuk:


“ Melahirkan insan yang berilmu pengetahuan, beramal dan berbakti kepada bangsa dan Negara. Serta untuk mencapai kecemerlangan yang menyeluruh dan seimbang selaras dengan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.


Disamping itu kami juga:

  • Berusaha memupuk dan membina perpaduan antara kaum dikalangan warga sekolah supaya dapat mewujudkan satu situasi yang aman dan harmoni serta menghindarkan prasangka antara kaum.
  • Mewujudkan permuafakatan dan mengeratkan hubungan anatara komuniti sekolah, ibu bapa dan masyarakat bagi mencapai kecemerlangan dalam semua bidang kurikulum dan kokurikulum.
  • Berusaha meningkatkan kesedaran tentang disiplin kendri, untuk membentuk sahsiah, sikap dan akhlak yang terpuji.
  • Berusaha membimbing, memupuk dan mengembangkan bakat serta potensi pelajar dalam aspek ko kurikulum untuk melahirkan insan yang cergas, berwibawa dan berkarisma.
  • Berusaha membina dan memelihara persekitaran sekolah supaya lebih indah, ceria dan bersih dengan mewujudkan “ Sekolah Dalam Taman” .